Tuesday, April 14, 2009

Blog ofismate yg penuh cerita...

Hari ini, buat sekian kalinya aku mencari masa utk membaca blog kawan-kawan satu ofis... bermula dari blog K.lia, k.ayu, k.nora, k.intan...melarat ke blog deck, kemudian pulang semula ke blog k.lia.. mencari link blog utk di baca... Bosan dan tertekan dengan analisis yang kurang menjadi...

Let's Talk about it.... blog milik K.lia, yg dulunya JP di UMP dan kini pensyarah di UDM... Maju selangkah k.lia dalam kariernya... Mula membaca krn K.lia berpindah ke UDM... Rindu dgn senyuman K.lia, juga kehadirannya di UMP... seronok membaca blog K.lia, kerna coretan-coretan peristiwa yg bermakna memberi ilmu yg dtgnya dari pengalaman beliau sendiri...yg pasti perkembangan terkini k.lia di tempat baru, UDM....

K.Ayu dgn Everlasting memories....
memori bersama rakan sekerja melancong, bersama suami, dan terkini pengalaman bersama putera sulungnya, hafiy... hafiy yg comel, penuh dgn keletah... jg pengalaman membeli rumah,.... tentunya satu bonus bg ku yg teringin jg utk berumah nanti...

utk K.nora, My Tween Happiness....
huhu...mmgla gembira dpt ank kembar begitu... comel sgt2... K.nora byk kisah psl dua org puteranya itu....dan tentunya ilmu-ilmu yg bermanfaat utk kehidupan yg bkn shj di dunia tp akhirat jua...

Sampai ke blog zaki, JP yg penuh dengan kata-kata puitisnya...
Sungguh tak pernah nak pandai membaca ayat-ayat yg sebegitu... tapi oleh kerana terbaca karangan HAMKA-Tenggelamnya kapal van der wijck milik teman rapat.. Terasa menarik dan indah hasil tulisan beliau namun masih lagi jauh utk terus memiliki novel sedemikian...
Lagi pn zaki juga antr penyumbang novel-novel yg sedemikian ayatnya.. Pinjam sahaja, masih dapat terus membaca...

Pelbagai rasa bila membaca blog zaki, banyak input mengenai negara... huhu, rasa bersemangat utk berjuang menegakkan kebenaran yg sepatutnya... dulu sering kami bertelagah, bila dia memprotes apa yang tidak patut... mmg ada benarnya apa yg diprotes... namun sbg kita, yg menjadi org kecil ini pd masa itu rasa seperti tidak banyak dpt di UBAH... perkataan yg sering zaki guna utk coretan terbarunya... UBAH... manusia fitrahnya adalah boleh BERUBAH dari sifat asalnya....untuk zaki, maaf ya kerna diri ini rasa tidak yakin dengan perjuangan yg pernah zaki katakan... Akhir-akhir ini, seperti baru tersedar.... bila kita berjuang kerana Allah, hidup hanya kerana Nya... tidak mustahil negara kita akan menjadi seperti yg sepatutnya.... FITRAH manusia memerlukan ISLAM sbg agama... InsyaAllah....

Yg penting mulakan dari diri sendiri, cuba berjuang dari perkara yg kecil...
Mulakan utk bersangka baik, buang yg buruk sangka.....
Istiqamah dalam melakukan kebaikan, insyaAllah...

Monday, April 6, 2009

Malaysia..



Day and night of Malaysia....

Tuesday, March 31, 2009

That road..


23rd jan 2009
Muadzam shah-kuantan highway...
Road that i really use to go home for my hometown...

Monday, December 1, 2008

desa kelahiran

Photobucket Album

Monday, November 5, 2007

nov 2007

this my 1st writting in my 3rd blog...huhuh feeling very exciting to write in blog...
hope can give a good feedback and also making more friends...